RSI Interview (2005): National Youth Conference
6 05 2006I was surfing the internet and guess what did I get? An RSI website that published the transcript of the interview they did with me @ NYC Conference last year, I was told it was aired at Warna 94.2 fm but I did not managed to listen to it, but anyway now since I found the transcript..perhaps I can just put it here in my blog, basically it’s about youth issues….so I don’t have to blog about it.
Antara aspirasi belia dengan dasar pemerintah - di mana jurangnya?
Mac 7, 2005
Golongan belia diseru untuk lebih giat menyumbang dan mengambil prihatin isu-isu nasional. Namun perubahan akan mengambil masa. Di mana titik-tolak merapatkan jurang penglibatan belia dengan pemerintah? 2 belia berkongsi pandangan.
Tentang jurang, tentu sekali jurang itu ada kerana kurangnya komunikasi. Bagi saya kesemua jurang dapat dirapatkan melalui komunikasi yang consistent.
Cik Nadiah Mohamed Shah, 19 tahun, salah seorang peserta Persidangan Sektor Belia Kebangsaan anjuran Majlis Belia Kebangsaan NYC baru-baru ini. Persidangan ini, dihadiri 350 peserta daripada 130 pertubuhan belia antara banyak wadah yang tersedia kini untuk belia bersuara tentang isu-isu yang menjejas mereka. Walaupun pemerintah telah banyak menggesa warga muda untuk tampil ke depan, mengemukakan maklum balas dan idea mencorak masa depan negara yang mereka inginkan, dan melakukannya menurut minat dan kata hati mereka, namun masih ada yang berasa ragu apakah seruan ini setakat bicara atau akan dikotakan. Seperti yang disuarakan Cik Nadiah, seorang aktivis belia dari Persatuan Persaudaraan Pelajar Islam (FMSA), komunikasi adalah kuncinya. Tanpa komunikasi yang tetap, sukar untuk membina kepercayaan, lantas sukar untuk mana-mana pihak samada dari golongan belia mahupun pemerintah untuk melangkah ke depan. Seorang lagi aktivis belia yang ditemui di Persidangan NYC minggu lalu, Saudara Ridhwan Md Basor, memberikan pandangannya;
Saya rasa untuk merapatkan jurang antara pemerintah dan belia mesti ada satu platform yang dapat merapatkan jurang antara 2 belah pihak ini. Khususnya pemerintah boleh mengadakan langkah-langkah merapati belia seperti mendekati belia sekolah di mana MP berdialog dengan para belia dengan cara kurang formal kerana para belia agak kekok bila berada dalam suasana formal. Tetapi seperti kita saksikan Dr Vivian Balakrishnan telah menghidupkan satu sesi yang tidak terlalu formal dan memberi peluang pada beliau untuk memberikan pandangan dengan lebih terbuka. Dengan sifat terbuka yang ada pada pemerintah akan juga membuka hati belia untuk merapati pemerintah dan saya rasa ini satu langkah yang dapat merapatkan jurang antara pemerintah dan juga para belia.
Persidangan Sektor Belia NYC, bertemakan “Melibatkan Belia – Menjadikan Pembangunan Belia Bisnes Kita” antara lain memuatkan sesi dialog bersama Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Dr Vivian Balakrishnan. Beliau telah menekankan, dalam pemerintah mengambil pendekatan lebih terbuka, para belia harus bijak mengimbangkan antara khayalan dengan dengan sikap realistik atau perkara-perkara yang boleh dijangkaui. Beliau mengalu-alukan warga muda untuk berani mengambil risiko tetapi mengingatkan tetang hakikat kegagalan. Tidak semua permintaan yang dikemukakan kepada pemerintah akan dilaksanakan. Namun pada dasarnya, pesanan jelas dari Dr Balakrishnan kepada belia yang hadir di persidangan itu, “Anda tahu apa yang anda inginkan, lakukan saja.” Mungkin ramai belia yang mahu menyahut seruan beliau itu tetapi menurut Saudara Ridhwan seorang aktivis belia dari FMSA, yang baru saja menerima keputusan GCE peringkat ‘A’nya - sebagai belia di Singapura, ia bukan perkara mudah.
Jika ditonjolkan avenue yang boleh mereka tujui saya rasa ramai di antara mereka lebih daripada suka untuk menyertainya cuma kemungkinan besar masa di sekolah terlalu panjang – ada sampai 12 jam sehari. Ini salah satu sebab mengapa walaupun the ball is in our court, kita ada banyak commitment, contohnya seperti ‘A’ Level. Perlu mendapatkan pencapaian akademik, walaupun kita perlu buat activism tapi the first thing sebagai belia kita perlu pentingkan, praktikalnya kehidupan hari ini kita perlukan ‘A’ Level cert tapi kalau pada masa akan datang mungkin selain daripada application univiersiti kita tidak lihat lebih tertumpu kepada kelayakan akademik tetapi kepada usaha-usaha yang dibuat seseorang – itu semua mencerminkan seseorang itu secara menyeluruh, lebih daripada pencapaian akademik semata-mata.
Saudara Ridhwan Md Basor, peserta Persidangan Sektor Belia Kebangsaan, Majlis Belia Kebangsaaan, tentang tekanan dialami belia sebaya untuk cemerlang dalam bidang akademik – antara punca kurangnya penglibatan aktif dalam bidang-bidang kemasyarakatan lainnya walaupun mungkin minat mereka ada di sana.
Pastinya banyak yang sedang dilakukan untuk melibatkan para belia, agar mereka rasa tidak dipinggirkan, atau kurang penting dalam penggubalan dasar-dasar pemerintah yang cuba tampil sebagai lebih terbuka dan mahu berunding. Saluran-saluran yang dibuka adalah langkah permulaan tetapi tidak semua belia berbicara dengan bahasa dan selera yang sama. Cabarannya ialah untuk menjadikan rasa ownership atau pemilikan suatu yang semulajadi dan tidak dipaksa-paksa. Dalam hal ini, membina kepercayaan antara belia dan pemerintah menjadi dasarnya.
Saya Emillia Amin dari Radio Singapura Internasional untuk Ehwal Semasa Radio Mediacorp. Salam hormat.
*RSI Website. (2005). Rancangan Hal Ehwal Semasa, retrieved May 6, 2006, from http://www.rsi.sg/malay/titiktolak/view/20050307175221/1/dedikasi.htm












